Semoga Berjaya dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2012
Para pelajar Tingkatan 5 sekalian, semoga berjaya dalam SPM tahun ini. Lakukan yang terbaik dan ingatlah teknik menjawab peperiksaan yang telah cikgu berikan. Cikgu sentiasa doakan kejayaan kamu semua.  Peringatan untuk dipraktikkan sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:

Persediaan malam sebelum peperiksaan
  1. Baca nota ringkas berdasarkan kad-kad ulang kaji.
  2. Semak kotak pensel.
  3. Semak masa dan tempat peperiksaan daripada jadual peperiksaan.
  4. Cuba lakukan latihan rileks.
  5. Sediakan perkara-perkara seperti:
    -  kad pengenalan
    -  pakaian seragam sekolah
    -  kasut sekolah
    -  lencana sekolah.
  6. Berdoa agar tenang dan dapat menjawab soalan dengan baik.
Teknik-teknik ketika di dalam dewan peperiksaan.
  1. Duduk dengan tenang.
  2. Berdoa.
  3. Baca keseluruhan kertas soalan.
  4. Rancangkan jawapan.
  5. Proses.  Jawab mengikut kehendak soalan.
  6. Pastikan tulisan anda senang dibaca.
  7. Semak jawapan sekali lagi dalam masa 5-8 minit terakhir.




Video Motivasi


 


0 comments:

Post a Comment

 
;