Latar Belakang Mata Pelajaran Perdagangan


PENDAHULUAN
Perdagangan adalah satu daripada mata pelajaran elektif untuk Tingkatan 4 dan 5 dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ) di bawah Kumpulan Sastera Ikhtisas. Mata Pelajaran ini dapat memperkembangkan dan mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran asas perdagangan yang telah dipelajari dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup di Peringkat Menengah Rendah. Melaluinya juga nilai-nilai murni dan sikap positif yang berkaitan akan dapat dipupuk dan diperkukuhkan di kalangan pelajar.
Isi sukatan pelajaran ini dibentuk berasaskan beberapa keperluan dalam pendidikan perdagangan yang melampaui peringkat kenal faham untuk:

a          membangunkan tenaga manusia dan Negara melalui bidang perdagangan
b          menerapkan nilai-nilai murni dan menanamkan sikap positif dalam menjamin kesejahteraan hidup melalui berbagai aktiviti perdagangan
c          mengetahui, memahami, dan menggunakan prinsip-prinsip dan amalan-amalan asas perniagaan dalam negeri dan antarabangsa
d          mengetahui dan memahami kegunaan dan penggunaan perkhidmatan-perkhidmatan yang membantu perniagaan
e          mengembangkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perniagaan secara formal dan tidak formal
f           mengenalpasti peluang-peluang pekerjaan dalam bidang perdagangan supaya dapat membuat pilihan dengan bijak
Mata pelajaran Perdagangan ini diharap dapat memenuhi keperluan-keperluan pendidikan perdagangan bukan sahaja dalam konteks persekitaran perdagangan yang dipengaruhi oleh arah aliran dan perkembangan terbaru, tetapi juga dalam usaha serta komitmen untuk memberi pelajar pendidikan umum seimbang dan menyeluruh dari aspek kognitif , psikomotor dan afektif

  

MATLAMAT MATA PELAJARAN
Mata pelajaran Perdagangan bertujuan untuk memberi pendidikan perdagangan supaya pelajar mengetahui , memahami dan dapat menggunakan prinsip-prinsip dan amalan-amalan positif dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan yang berkaitan. Dengan ini dapat membantu pelajar menjadi warganegara yang bertanggungjawab, berpandangan jauh, rasional serta bijaksana ealam mebuat sebarang keputusan, yakin diri, sanggup berdikari, dan beranai menghadapi persaingan dalam apa juga usaha yang diceburi berlandaskan sifat amanah dan jujur, untuk kesejahteraan diri, keluarga , masyarakat dan negara.
OBJEKTIF
Adalah untuk membeolehkan pelajar:
a          mengenal pasti dan menerangkan struktur dan operasi asas perniagaan, perniagaan dalam negeri dan antarabangsa.
b          mengetahui dan memahami kepelbagaian kaedah jualan dalm perniagaan
c          mengetahui dan memahami peranan Industri Kecil dan Sederhana dalam pengeluaran
d          membuat pilihan tentang jenis milikan perniagaan serta memahami prosedur penubuhannya
e          mengenalpasti peluang-peluang utama pelaburan di Malaysia dan cara-cara untuk melabur
f           mengetahui dan memahami kepentingan dan cara bantuan-bantuan perniagaan membantu pengendalian sesuatu perniagaan dan pengguna
g          memahami dan menilai etika-etika dalam perniagaan dari aspek perlindungan pengguna supaya wujud pengguna yang bijak dan rasional
h          mengetahui dan memahami kepentingan peranan kerajaan dalam mebantu perniagaan
i           membina pengetahuan dan kemahiran asas serta mengukuhkan minat bagi tujuan meneruskan pendidikan perdagangan di peringkat yang lebih tinggi
j           mengenal pasti peluang-peluang pekerjaan dalam bidang perdagangan dan memilih sesuatu pekerjaan dengan bijak sama ada yang bersifat berusaha sendiri atau bekerja dengan majikan . 

2 comments:

Unknown said...

bley x kalo saye nak jadi pilot tapi amik perdagangan?

Shah said...

Hm

Post a Comment

 
;